Penubuhan Utusan Melayu Utusan_Melayu

Mesyuarat pertama untuk menubuhkan Utusan Melayu pada tahun 1938 di rumah Daud Mohd. Shah, presiden KMS ketika itu, dengan kehadiran 20 orang tokoh yang komited dan serius untuk menerbitkan akhbar Utusan Melayu sebagai suara tuntutan dan hak-hak Melayu.

Kemudian tugas untuk mengkaji kemungkinan untuk menerbitkan Utusan Melayu diserahkan kepada Yusof Ishak yang kemudian Presiden Singapura.

Abdul Samad Ismail menyatakan bahawa Utusan Melayu tahun 1907 ada hubungan erat dengat Utusan Melayu yang lahir pada 29 Mei 1939. KMS mempelopori gerakan menubuhkan Utusan Melayu pada 29 Mei 1939… Penubuhan Utusan Melayu amat besar ertinya kepada bangsa Melayu seluruhnya. Kelahiran Utusan Melayu adalah puncak kejayaan bangsa Melayu dalam bidang media cetak.KMS 1907 sebagai ibu kandung kepada KMS 1939.